Sesiapa pernah menunaikan umrah atau haji mesti rasa rindu untuk kembali ke Mekah dan membuat ibadah di sana kan? Ramai di antara umat Islam yang ingin tahu apakah gambaran sebenar dalam Kaabah dan teringin untuk melihatnya.

Seorang lelaki di laman sosial Twitter berkongsi beberapa keping gambar serta penerangan mengenai apa yang ada di dalam Kaabah.

Pertama sekali, @Abdalazizawill menunjukkan gambaran dari luar Kaabah mengenai apa yang ada dalam Kaabah.

Kedua, kita dapat lihat keadaan dalam Kaabah dengan tiga tiang utama yang amat kukuh yang diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi dan disaluti emas.

Untuk pengetahuan anda, dalam tempat ini mengandungi minyak wangi yang dicampur dengan air Amin pernah digunakan untuk mencuci Kaabah.

Selain itu, di sini merupakan tempat Rasulullah SAW solat dahulu semasa baginda pertama kali masuk ke dalam Kaabah. Raja Arab Saudi atau pemimpin-pemimpin negara lain juga pernah solat di sini semasa melawat ke dalam Kaabah.

Di hadapan tempat baginda solat, ada tertulis kalimah “Laa ilaaha illallaah, Muhammad rasuallah al Allah” yang bermaksud “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah”.

Difahamkan bumbung Kaabah disalut dengan perak asli dan bahagian atas ditutupi dengan kain kiswah berwarna hijau. Malah, terdapat pelbagai jenis minyak wangi tergantung di situ.

Kelihatan pintu berwarna emas itu sebenarnya pintu untuk menaiki ke tingkat atas iaitu bumbung Kaabah dan bukannya pintu masuk utama Kaabah.

Diharap sedikit sebanyak perkongsian daripada Abdalaziz menjawab persoalan yang bermain di minda kita mengenai gambaran sebenar di dalam Kaabah. Maklumat yang diberikan adalah daripada pemilik akaun Twitter, @Abdalazizawill.

Sumber: Twitter @Abdalazizawill