Suatu masa dulu, kenderaan biasa tidak boleh dibawa ke pulau Langkawi dan semua pengunjung hendaklah meletakkan kenderaan mereka di parking yang disediakan di jeti dan terpaksa menaiki feri untuk ke pulau pelancongan itu.

Kini, lebih mudah untuk bercuti ke sana kerana kita boleh membawa kenderaan sendiri ke sana menggunakan feri angkut kenderaan. Seorang pengguna Facebook, Mohd Khairol Haswadi, menjawab mengenai perbandingan yang manakah lebih jimat untuk pelancong, menaiki feri penumpang atau membawa kenderaan sendiri?

Perbandingan bawa kereta dan naik feri penumpang ke Langkawi

Menaiki kereta

Tambang pergi-balik:
-Kereta Sedan, 1.6cc : RM300 (tempahan online)
-Dewasa x 1 : RM36 (Driver percuma)
-Kanak2 x 2 : RM52

JUMLAH: RM388.

Menaiki feri penumpang

1)Tambang feri pergi balik:
-Dewasa x 2 : RM72
-kanak2 x 2 : RM52

2)Parking kereta di jeti : RM10 x 4 = RM40

3)Sewa Kereta di Langkawi : RM100 x 4 = rm400

JUMLAH: RM564.

Tips penting

– Jika pergi 3hari 2malam pun masih lagi jimat dengan bawa kereta sendiri.
– Lagi kecil cc kereta, sedan, lagi murah harga tiket.
– Tak perlu beratur panjang, jalan jauh-jauh. Hanya duk dalam kereta tunggu check in.
– Beli barang kat Langkawi pun tak perlu risau dengan beg akan berat dan susah nak bawa.
– Tempat duduk penumpang dalam feri ini amat selesa, luas dan tak akan penuh. Ada meja, ada gerai, anak-anak boleh berlari-lari.
– Boleh bebas lepak-lepak di dek, bergambar di puncak feri dengan menikmati pemandangan.

Jika mahu menggunakan perkhidmatan RoRo atau Auto Express ni, pastikan tempah awal dan tempahan awal dibuka dalam 1-2 bulan sebelum tarikh kerana ianya akan cepat sold out.

Anda boleh layari laman web langkawiauto express dan roro untuk maklumat lanjut dan tempahan.

Sumber: Fb Mohd Khairol Haswadi