Bukan semua orang mampu untuk mendapatkan khidmat tuisyen selepas waktu sekolah atas beberapa faktor contohnya seperti faktor kewangan.

Seorang guru Sekolah Antarabangsa Tenby Setia EcoHill, Ummar Muhammad Hanip, 27 tahun, membuka pusat tuisyen secara percuma di Bandar Rinching Seksyen 4, Semenyih.


Menurutnya, pusat tuisyen tersebut percuma untuk golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal, anak-anak yatim dan kekurangan buku.

Walaupun mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM7,000 untuk merealisasikan impiannya itu, namun Ummar mahu mencurahkan bakti kepada anak muridnya secara percuma.

Twitter @umarhanip

“Susah bila saya nak dapatkan budak-budak yang datang daripada latar belakang kurang berkemampuan kerana mereka sangat malu,” jelasnya.

Twitter @umarhanip

“Cara saya, saya pergilah sekolah-sekolah berhampiran, jumpa cikgu mereka dan minta nama dan sebagainya. Kemudian dekati mereka secara peribadi,” katanya yang telah membuka pusat tuisyen berkenaan sejak awal tahun ini.

Difahamkan, Ummar mengajar subjek matematik, matematik tambahan dan sejarah di pusat tuisyen dan hanya dirinya menjadi tenaga pengajar di sana.

Sumber: mStar