Apabila kita bercuti di luar negara, kita pasti tidak sabar untuk mencuba makanan di negara orang, bukan? Namun, anda harus berhati-hati terutama mereka yang beragama Islam kerana bukan mudah untuk mencari makanan halal kecuali di negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman Twitter, @Najib_Ayub, membongkar muslihat yang dilakukan oleh peniaga gerai di Myeondong Street, Korea Selatan.

“Dekat Myeondong Street, penjual dekat stall ni bila dia nampak ramai orang pakai tudung jalan dekat situ dia tukar signboard yang ada halal tapi bila dah ramai tourist dari tempat lain *(time ni ramai orang Filipina dtg stall) dia turunkan signboard tu letak dekat tepi,” ujarnya.

Menurutnya, terdapat juga papan tanda jelas menunjukkan logo halal tetapi menjual daging babi.

“Hati-hati korang yang suka try street food bila melancong ke Korea dan lain-lain,” pesannya.

Selain itu, Najib turut memberi cadangan sebelum anda mahu melancong ke Korea Selatan, anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai makanan halal di Korea Tourism Organisation Malaysia terlebih dahulu. Malah, anda boleh dapat kad T-money sekali selain baucer diskaun. Best kan?!

Sumber: Twitter @Najib_Ayub