Minggu lepas kecoh di media sosial apabila ramai tidak berpuas hati kerana tiket dijual cepat habis kerana peminat bola sepak sanggup bermalam di Stadium Bukit Jalil semata-mata untuk membeli tiket perlawanan akhir AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dengan Vietnam Selasa(esok) ini gagal mendapatkan tiket gara-gara penjualan tiket yang dikatakan tidak sistematik.


Berikutan itu, seorang pengguna Twitter, @fakhrulfbi, memberi cadangan bernas kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) yang dilihat gagal menguruskan penjualan tiket dengan baik.

Selain itu, dia turut berkongsi screenshot cadangan lain daripada seorang pengguna Facebook, Mohd Safrizal, yang juga bagus untuk menghapuskan ‘ulat tiket’ yang kini semakin berleluasa.

Semoga pihak atasan mempertimbangkan cadangan-cadangan bernas ini agar dapat bersikap adil dalam menjual tiket untuk peminat bola sepak tanah air.

Sumber: Twitter @fakhrulfbi