Pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(AKLEH), bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus daripada harga tol RM2.50 menjadi RM2 sahaja selepas diskaun bagi sepanjang bulan ini.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd(PROLINTAS), pemegang konsesi lebuh raya berkenaan menyatakan diskaun tol itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 bermula dari 5 pagi hingga 8 pagi, setiap Isnin dan Jumaat.

“Tawaran ini diharap dapat membantu mengurangkan kos perjalanan pengguna Lebuhraya AKLEH dan sekali gus menarik lebih ramai pemandu menggunakan lebuh raya tersebut terutama penduduk dari kawasan Ulu Klang, Bukit Antarabangsa, Taman Melawati, Keramat, Wangsa Maju, Ampang dan sekitarnya,” tulisnya.

prolintas.com.my

“Pemberian diskaun ini juga bagi menggalakkan pengguna Lebuhraya AKLEH merancang perjalanan bagi mengurangkan keadaan trafik yang sesak di waktu puncak sebelah pagi,” sambungnya.

Pengguna Lebuhraya AKLEH boleh mendapatkan maklumat lanjut di Twitter @AKLEHtrafik, laman sesawang rasmi www.prolintas.com.my, Facebook PROLINTAS Highways atau hubungi talian bebas tol 1-300-88-1012.

Sumber: Astro Awani & Bernama