Sebelum ini, Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bagi pakej 1B Pasir Hor ke Kadok dibuka sementara pada Aidilfitri lalu dan kemudian ditutup semula untuk menyiapkan kerja-kerja terakhir.

Hari ini, lebuh raya laluan tersebut mula dibuka kepada kenderaan dan bakal mengurangkan kesesakan jalan raya sempena musim perayaan Aidiladha Rabu ini.

Pakej 1B melibatkan laluan jalan sejauh 10.5 kilometer telah pun siap kira-kira setahun lalu, namun ia masih belum dapat digunakan berikutan tiada susur keluar di laluan berkenaan.

Selain itu, pakej 2A laluan Kadok-Ketereh sejauh tujuh kilometer juga sudah melepasi 50 peratus pembinaan manakala pakej 2B membabitkan laluan Ketereh-Kok Lanas dalam proses pembinaan di peringkat awal.

Difahamkan, pembukaan lebuh raya baru itu disambut baik oleh pengguna jalan raya kerana ia boleh mengurangkan kesesakan jalan raya terutama apabila tiba musim perayaan.

“Seperti yang diketahui umum setiap kali musim perayaan maka jalan di Kelantan ini sesak, dengan adanya lebuh raya ia sedikit sebanyak menyuraikan laluan khusnya di laluan Kota Bharu Kadok,” ujar seorang pengguna jalan raya, Amirul Amin Abdullah, 40 tahun.

Sumber: Astro Awani