“Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa” sesuai menggambarkan seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa melawan buaya demi menyelamatkan anaknya.

Rasmi Dawan, 37 tahun, memberanikan diri masuk ke sungai untuk menyelamatkan anaknya dari diterkam buaya di Kelurahan Teluk Dawan, Kabupaten Tanjung Jabung Timur, Jambi, Indonesia.

suara.com

“Ketika itu saya tidak peduli langsung jika ada buaya lain menyerang kerana cuma mahu menyelamatkan anak yang sudah terseret 15 meter,” ujarnya sambil memberitahu anaknya cedera di lengan kiri.

Difahamkan, kejadian berlaku pada Sabtu lalu pukul 10.30 malam ketika anaknya berusia 11 tahun turun ke sungai mengambil air untuk menyiram pokok bunga di halaman rumah mereka.

Berikutan itu, Rasmi diberi penghargaan oleh Ketua Polis Resor Tanjung Jabung Timur, Superintendan Marinus Marantika Sitepu, atas keberaniannya menyelamatkan anaknya dari buaya dalam satu acara sempena Hari Bhayangkara ke-72 di lapangan Polres Tanjabtim.

Sumber: Harian Metro