Baru-baru ini tular di aplikasi Whatsapp mengenai arahan tidak membenarkan golongan remaja keluar rumah selepas pukul 10 malam oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat(KPWKM).

Difahamkan, maklumat yang tersebar itu menyatakan remaja berumur 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan keluar rumah selepas pukul 10 malam manakala kanak-kanak berumur 12 tahun tidak dibenarkan keluar selepas pukul 8 malam.

Walau bagaimanapun, pihak KPWKM mengeluarkan kenyataan yang meminta semua orang tidak menyebarkan maklumat palsu itu.

Fb KPKM Rasmi

“KPWKM tidak mengeluarkan apa-apa arahan berkaitan maklumat berkaitan perkara tersebut. Pihak KPWKM memohon agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu ini,” jelasnya.

Adalah lebih baik kita menunggu pengumuman rasmi daripada menteri sendiri berbanding percaya maklumat tular di media sosial yang belum tentu kesahihannya.

Sumber: Sinar Harian