Mengikut kata Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Sabah, Norazlinah Arif, diyakini bahawa penduduk Sabah telah bersedia dengan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang bermula hari Jumaat, semalam.

Katanya juga, sejak penguatkuasaanya dilaksana di peringkat pusat pada 1 Jan lalu, penduduk Sabah khususnya belia, telah mengambil inisiatif merokok di luar premis makanan dengan jarak tiga meter dari premis seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Gambar Sekadar Hiasan

“(tidak dinafikan) Wujud rungutan perokok terbeban dengan larangan tersebut tetapi rungutan ini hanya bersifat peribadi, dan rata-rata perokok ini ada yang bersetuju atas dasar melihat kepentingan hidup bermasyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina bagi daerah Kunak dan Semporna, semalam.

“Saya yakin apabila semua masyarakat sedar akan pentingnya menjaga kesihatan, maka jumlah perokok ini akan berkurangan dan dapat menyedarkan kesan kesihatan ke atas perokok pasif seperti golongan ibu dan kanak-kanak,” kata Norazlina pula yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kunak yang juga percaya bahawa penguatkuasaan itu akan mengurangkan jumlah perokok.

Sumber: Awani