Sudah dua minggu kita menyambut bulan Ramadan, pasti ramai di antara kita berkunjung ke bazar Ramadan kerana mahu mencuba makanan yang menarik, sedap dan unik.

Di bazar USJ 4, Subang Jaya, Selangor, hidangan Lamb Shank yang dijual oleh Chef Ammar menjadi tarikan utama di bazar tersebut hinggakan ramai sanggup beratur panjang dan lama.

Difahamkan, Chef Ammar menawarkan dua menu hidangan sahaja iaitu Nasi Mandi Ayam 1/4 berharga RM15 serta Nasi Mandi Lamb Shank 400g yang berharga RM30. Malah, anda hanya perlu membayar RM2 sahaja untuk menambah Saffron Egg.

Twitter @AmirulAzzim_

Lamb Shank ialah salah satu bahagian kaki kambing yang dipotong seperti seakan-akan peha ayam dan isinya amat lembut.

Jika anda mahu mencuba Lamb Shank Chef Ammar yang popular ini, kami nasihatkan anda pergi awal sedikit untuk mengelakkan beratur panjang. Pukul tiga petang pun orang dah mula beratur tau!

Sumber: Cari