Jalan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sememangnya sibuk dengan kenderaan dan pejalan kaki yang mahu membeli belah di kawasan sekitarnya.

nst.com.my

Difahamkan, laluan sepanjang Jalan TAR dari Kompleks membeli-belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas awam bermula 15 Mac depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad, memberitahu bahawa penutupan jalan sepanjang kira-kira satu kilometer dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu itu dibuat bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan perniagaan tersebut.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan kajian dalam talian berhubung penutupan jalan tersebut di mana sebahagian besar responden bersetuju dengan cadangan itu,” ujarnya.

“Kita berhasrat menjadikan laluan bermula dari hadapan Sogo sehingga ke Wisma Bandar sebagai laluan bebas kenderaan atau pedestrian mall di mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah,” jelasnya.

Jika keadaan berjalan lancar, mereka sedia untuk menempatkan peniaga bazar perayaan yang memohon lesen berniaga di Jalan TAR dari DBKL untuk beroperasi di sepanjang laluan yang dikosongkan itu pada bulan Ramadan nanti.

Sumber: Astro Awani & Bernama