Ekoran kisah pertunangan penyanyi Sufian Suhaimi bersama pelakon Elfira Loy putus di tengah jalan, kini masih ramai pihak yang memperkatakan isu itu walaupun ia sudah lama berlalu.

Banyak desas-desus timbul mengenai punca keretakan hubungan yang hampir bersatu itu, namun Sufian kelihatan tenang walaupun sedang bersedih.

Dia juga baru mengeluarkan lagu bertajuk Di Matamu di laman Youtube baru-baru ini nyata mencipta fenomena tersendiri apabila lagu tersebut trending nombor dua di Youtube selepas beberapa hari dilancarkan.

Difahamkan, lagu itu dikatakan ada kena-mengena dengan kisah putus tunang Sufian dan ia dijangka bakal dilancarkan pada tarikh 23 Mac ini bersempena tarikh sepatutnya menjadi tarikh perkahwinan mereka berdua.

Sehingga kini, jumlah tontonan video lagu itu sudah mencecah 2,778,767 views di laman Youtube. Power betul penangan Sufian Suhaimi ini!

youtube.com

Selain itu, para peminatnya turut meninggalkan komen berbentuk positif dan memberi semangat kepadanya di samping memahami situasi yang dihadapi oleh penyanyi itu di laman Youtube.

Semoga Sufian lebih tabah dan menganggap ini sebagai dugaan hidup untuk mematangkan dirinya dan setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Sumber: Astro Gempak