Yuna telah mengeluarkan lagu baru berserta muzik video yang bertajuk Forevermore, semalam. Paparan kereta nasional Proton Saga, panorama bendang di Perlis dan wajah masyarakat berbilang kaum di Malaysia pantas menjadikan video muzik Forevermore buah mulut netizen.

Apa yang menarik adalah, klip video muzik itu merupakan arahan suaminya, Adam Sinclair. Menyaksikan buat kali pertama, Yuna berdansa bersama empat penari dalam persalinan warna-warni yang dipercayai dirakamkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hari jumaat lepas, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zarai melancarkan single terbaru ciptaannya itu di platform digital.

Gambar: Uproxx

“Kongsikan lagu ini bersama semua ahli keluarga anda! Saya sayangkan anda semua. Terima kasih atas sokongan tanpa henti terhadap kerjaya seni saya selama ini.

“Biarpun mengambil memakan sedikit masa, namun, akhirnya, lagu ini dilancarkan,” luahnya di Instagram.

Video muzik yang dimuat naik di YouTube sejak jam 12 tengah hari tadi, kini sudah mencatat lebih 100,000 tontonan.

Gambar: Bandwagon

Rata-rata netizen memuji lagu Forevermore yang diberi suntikan elemen tradisional pada permulaan lagu apabila Yuna bersenandung dengan merdu sekali.

Sumber: Awani