Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) mengambil maklum cadangan Bank Dunia supaya menaikkan had umur ahli daripada umur 55 kepada 65 tahun secara berperingkat bagi membuat pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 KWSP.

Menurut kenyataan KWSP, mereka memaklumkan bahawa ketika ini tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran tersebut.

“KWSP juga menekankan sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting,” tulisnya.

“Ini termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain,” ujarnya.

“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” katanya.

Sumber: Harian Metro