Kuota jemaah haji pada tahun ini masih lagi kekal sebanyak 30,200 jemaah dan telah disahkan oleh kedutaan Arab Saudi sendiri.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan, kedutaan Arab Saudi menolak laporan tidak berasas dikeluarkan oleh satu portal berita yang mengatakan Arab Saudi telah mengurangkan kuota haji Malaysia.

utusan.com.my

“Kuota haji bagi jemaah Malaysia ditetapkan pada 30,200 orang,” kata pihak kedutaan tersebut.

Malah, sebanyak 8,000 visa haji telah dikeluarkan oleh mereka melalui tugas berterusan dan melengkapkan prosedur yang diperlukan pada hari yang sama dengan agensi yang menjaga hal ehwal jemaah haji Malaysia.

Selain itu, mereka turut menegaskan kesungguhan kerajaan Arab Saudi untuk melakukan yang terbaik bagi membolehkan jemaah haji melaksanakan kewajipan mereka.

Sumber: Astro Awani