Baru-baru ini, kumpulan nasyid terkenal, Inteam, turut sempat menyertai satu program amal ketika berkunjung ke Toronto, Kanada.

Difahamkan, kumpulan Inteam berada di Kanada bermula pada 18 Disember 2019 sehingga 29 Disember 2019 lepas bersempena Konvensyen Reviving Islamic Spirit.

Kumpulan itu berpeluang memberi pek makanan kepada gelandangan yang berlindung di rumah perlindungan di sini dalam keadaam cuaca yang sangat sejuk semasa mereka menyertai satu program yang diadakan di Brantford.

Program amal dianjurkan oleh Komuniti Melayu dan Persatuan Muslim Brantford serta Masjid Brantford berkenaan diadakan pada 25 Disember lalu iaitu pada hari Krismas.

“Kami bersyukur dapat terlibat dalam program amal ini dengan memberi mereka bantuan makanan tengah hari. Dalam acara amal terbabit, penerima sumbangan kebanyakannya merupakan mereka yang beragama Kristian,” ujar ketua kumpulan Inteam, Syah.

“Malangnya, mereka tidak dapat menyambut perayaan mereka pada hari tersebut disebabkan kesukaran hidup yang dihadapi,” katanya.

“Apa yang menarik, program ini diadakan oleh pihak masjid dan mereka memberikan bantuan tidak mengira pihak,” jelasnya.

Semoga usaha dilakukan Inteam dapat memberi inspirasi kepada kita semua supaya menolong mereka yang kurang berkemampuan tanpa mengira agama dan bangsa. 🙂

Sumber: Gempak