Tahukah anda, kekurangan sebum dalam kulit membuatkan kulit menjadi kering tidak kira sama ada kulit wajah ataupun seluruh tubuh badan.
Jika anda mahu membeli produk penjagaan muka, sila pilih produk yang mengandungi lima jenis bahan di bawah ini kerana ia mampu merawat kulit kering dan melembapkan semula kulit wajah anda.
Asid Hialuronik
Bahan ini bagus untuk mengelakkan garis halus dan kedutan di wajah di samping melembapkan kulit.
Aloe Vera
Selain itu, aloe vera atau juga dikenali sebagai ‘lidah buaya’ kaya dengan antioksidan, vitamin A, enzim, serta bersifat anti-radang. Ia sangat sesuai dipakai pada kulit kering, eczema dan melecur kecil.
Ceramide
Untuk pengetahuan anda, bahan ini membantu mencantum sel-sel kulit untuk mengunci lembapan dan menyingkir kotoran. Malah, ia membuatkan kulit anda kekal gebu, lembap serta lembut.
Glycerin
Glycerin mampu ‘menarik’ lembapan pada kulit bagi mengekalkan penghidratan di kulit wajah anda. Formula bahan yang ringan amat sesuai buat anda yang kurang gemar rasa melekit dan heavy feeling dalam produk-produk lain.
Petroleum
Selain itu, bahan ini yang bersifat kalis air dapat menutup lembapan selain menghalang foreign particles pada kulit. Jika anda memiliki bibir dan tumit merekah, calar dan lecur kecil, anda boleh cuba guna bahan ini.
Sumber: Wanista