Dalam masa yang hanya berbekalkan tujuh hari sebelum tibanya hari raya Aidilfitri, golongan wanita pasti sedang bertungkus-lumus membuat stok biskut raya untuk jualan mahupun hidangan keluarga di pagi raya nanti.

Jika anda mahu menjimatkan masa, anda boleh cuba resepi kuih siput ekspres ini di mana ia hanya menggunakan pasta dan tak perlu digentel menjadi saiz kecil dan direbus seperti kuih siput biasa.

Bahan

Makaroni/spiral/small shell
Tepung bestari atau pilihan anda
Daun kari
Serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

– Masukkan makaroni/spiral/small shell dalam tapis. Lalukan bawah air. Cuci bersih.

– Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan tepung bestari. Kuantiti agak-agak, asalkan melekat pada makaroni/spiral/small shell tu. Kalau tak lekat tambah sedikit air.

– Gaul hingga sebati.

– Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan bersama daun kari.

– Angkat dan toskan. Gaul dengan black pepper. Siap! 😀

Sumber: Mingguan Wanita