Zaman sekarang ini, pengangkutan awam merupakan salah satu pilihan utama rakyat Malaysia kerana harga tambang yang murah dan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Selain itu, anda juga dapat menjimatkan masa perjalanan ke destinasi pilihan.

Terkini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan tempat duduk kelas perniagaan bagi perkhidmatan ETS2 bermula bulan depan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsuddin, koc kelas perniagaan ini direka untuk penumpang yang inginkan keselesaan ketika dalam perjalanan.

KENYATAAN MEDIA – KTMB PERKENAL KOC BUSINESS CLASS DALAM ETS2

Posted by KTM Berhad on Tuesday, 10 September 2019

Tempat duduk kelas perniagaan ini memiliki ruang tempat duduk yang lebih luas dan selesa serta terdapat pelayan khas. Penumpang kelas perniagaan juga akan disediakan dengan kelengkapan perjalanan lain seperti kit kembara, Video-on-Demand (VoD) dan slot USB.

Untuk harga tiket pula, harga tiket untuk tempat duduk kelas perniagaan itu akan ditawar secara promosi iaitu RM50 untuk dewasa bagi perjalanan sehala antara KL Sentral ke Ipoh, Perak, manakala RM112 bagi perjalanan KL Sentral ke Padang Besar, Perlis. Adalah diingatkan bahawa promosi ini akan mula dijual pada 12 September ini untuk perjalanan 11 Oktober sehingga 30 November 2019 sahaja.

Nantikan kemunculannya…#KTMB #ETS #Intercity #Komuter #KTMKargo #SKYPARKLINK #ETSBusinessclass #ETS2

Posted by KTM Berhad on Tuesday, 10 September 2019

Apa yang lebih menarik adalah, untuk warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun pula layak menerima diskaun konsesi, manakala kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk) tidak dikenakan sebarang bayaran.

Jika anda inginkan perjalanan yang lebih selesa, anda boleh mencuba tempat duduk kelas perniagaan ini. Bagi anda yang gemar melancong menggunakan pengangkutan awam, anda mungkin boleh pertimbangkan mencuba perkhidmatan ini.

Sumber: The Vocket