Apalah nasib anak kecil tidak berdosa ini apabila dijumpai di dalam peti ais di rumah pengasuh yang baru beberapa hari dihantar oleh ibu bapanya.

Hancur hati ibu bapa mangsa, Adam Rayqal, apabila pengasuh yang mereka percaya tergamak membuat laporan palsu sebelum pihak polis menyerbu dan menyiasat rumah pengasuh terbabit.

Hasil siasatan mendapati Adam diletakkan ke dalam peti ais sejuk beku yang masih lengkap berpakaian, dibalut dengan napkin dan dimasukkan ke dalam beg.

Berikut merupakan kronologi kes kehilangan Adam Rayqal hingga mayatnya ditemui berdasarkan seorang pengguna laman Facebook, Fb Nur Alia Athila untuk maklumat anda:

6.30 petang

Pengasuh beriya katanya call ibu bayi dan mesej bagitahu ayah bayi dah amik. Selepas itu, ayah bayi pula maklumkan belum lagi ambil anaknya di rumah pengasuh. Jadi, dibuat kesimpulan bahawa Adam diculik oleh lelaki lain yang menyamar sebagai ayah bayi.

9 malam

Laporan polis dah dibuat oleh ibu bapa kandung Adam Rayqal. Maklumat diterima adalah kehilangan kerana diculik. Saat ini mereka masih belum tahu bayi mereka sudah meninggal.

11 malam

Polis telah buat siasatan dan berjumpa dengan pengasuh yang beri kenyataan sebelum ni. Malah, polis sendiri rasa ragu dengan kenyataan dibuat. Polis serbu dan siasat tempat mengasuh dan menemukan bayi lengkap berpakaian dalam Peti Ais Dingin Beku.

2.30 pagi

Kematian bayi Adam Rayqal telah disahkan meninggal dunia serta dijumpai dalam peti ais.

Maklumat terbaru:

– Pengasuh dikatakan mempunyai seorang anak angkat dan mendera anak angkatnya sendiri.

– Sempat mengiklankan sedang mencari bayi untuk diasuh di laman Facebook selepas menyembunyikan Adam.

– Agak popular dalam group Facebook Pengasuh Selangor dan Kuala Lumpur kerana selalu iklankan pengambilan bayi asuhan.

– Pernah viral sebelum ini atas kes dera menurut ahli group tersebut.

Takziah diucapkan kepada ibu bapa mangsa. Berhati-hatilah dan teliti latar belakang pengasuh sebelum menghantar anak anda kepada mereka. Semoga pelaku mendapat hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.

Sumber: Fb Nur Alia Athila