Semalam, Menteri Kanan(Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan bahawa seramai 683 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) semalam dengan jumlah tangkapan keseluruhan sehingga 29 April lalu adalah seramai 22,432 individu.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, nama individu yang didapati bersalah mengingkari PKP tidak direkodkan dalam daftar jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menjelaskan nama pesalah PKP tidak dimasukkan dalam sistem rekod jenayah Polis Diraja Malaysia.

“Pesalah PKP tidak direkodkan dalam daftar jenayah,” ujarnya.

Menurutnya, walaupun nama tidak direkodkan, ia bukanlah alasan untuk orang ramai ingkar PKP yang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid19.

“Orang ramai perlu patuh PKP, hukuman dan penjara terhadap mereka yang ingkar PKP amat memeritkan,” sambungnya lagi.

Sumber: Bernama & Harian Metro