Minggu ini, tular mengenai kisah seorang wanita hamil disahkan positif Covid19 selepas merentas negeri ke Kelantan mendapat pelbagai respon daripada warga laman sosial.

Terbaru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan surat larangan kepada pengamal perubatan untuk tidak memberi sebarang surat sokongan perjalanan ke luar kawasan bagi ibu hamil atau pesakit yang mahu mendapatkan rawatan atau bersalin luar kawasan bertarikh tiga April lalu.

“Peringatan kepada SEMUA pengamal perubatan (kerajaan dan swasta). DG KKM pernah mengeluarkan surat arahan iaitu larangan kepada semua pengamal perubatan untuk memberikan surat sokongan pesakit yang ingin berpindah kawasan kerana ingin bersalin di kampung,” tulisnya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihak KKM tidak pernah menyokong perjalanan merentas negeri bagi ibu hamil untuk mendapatkan rawatan atau bersalin.

Difahamkan, kes wanita hamil disahkan positif Covid19 di Kelantan itu dikatakan tidak menggunakan surat sokongan daripada pihak KKM.

Diharap para ibu hamil di luar sana patuh arahan pihak berkuasa dan bersama-sama membantu membendung wabak Covid19 ini.

Sumber: FB Public Health Malaysia