Baru-baru ini, jenama kosmetik antarabangsa, NYX, membuat pengumuman mengejutkan mengenai penutupan outlet fizikal jenama itu di negara ini selain menghentikan penjualan secara dalam talian seperti Hermo, Lazada dan Shopee.
Difahamkan, pengumuman itu dilakukan melalui akaun rasmi Facebook dan Instagram jenama popular tersebut iaitu NYX Professional Makeup Malaysia.
ranechin.com
Menurutnya, kesemua outlet fizikal NYX akan ditutup secara berperingkat mengikut lokasi bermula hari ini sehingga 31 Julai depan.
30 Jun 2020 – NYX Suria KLCC, NYX Sunway Pyramid, NYX Mid Valley Megamall
Walau bagaimanapun, bagi jualan secara dalam talian pula akan dilanjutkan sehingga 30 September 2020.
femalemag.com.my
Usah risau, jika anda mahu membeli barangan kosmetik NYX pada masa akan datang, anda boleh dapatkannya secara dalam talian di stor antarabangsa seperti Amazon, Asos serta Look Fantastic.
Tidak diketahui punca sebenar mengapa outlet kosmetik itu ditutup hanya di Malaysia sedangkan di negara-negara Asia lain tiada pengumuman penutupan dibuat setakat ini.