Baru-baru ini, Korea Selatan dilanda cuaca sejuk melampau, menurut laporan agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan Pentadbiran Meteorologi Korea.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, suhu rendah pada sebelah pagi di Seoul ialah -10.6 darjah Celsius, manakala suhu paling rendah musim sejuk ini dikatakan lebih rendah berbanding purata 30 tahun lalu iaitu -1.8 darjah Celsius.

Untuk pengetahuan anda, suhu sejuk melanda seluruh negara termasuk Incheon ( -9 darjah Celsius), Cheorwon ( -15.6 darjah Celsius), Daejeon (-9.6 darjah Celsius), Gwangju ( -4.9 darjah Celsius) dan Daegu ( -5.9 darjah Celsius).

Gambar sekadar hiasan

Keadaan itu disebabkan oleh gabungan udara sejuk beku dari utara China dan penyejukan radiasi yang berlaku apabila udara berhampiran tanah didinginkan oleh permukaan bumi kehilangan haba akibat radiasi, menurut perkhidmatan cuaca.

“Suhu dijangka meningkat melebihi sifar pada sebelah petang di kebanyakan tempat di negara itu kecuali di beberapa kawasan pergunungan,” ujar agensi berkenaan.

Sumber: Sinar Harian & Bernama