Komposer Irama Malaysia terkenal, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia, pada pukul 3.02 petang tadi.

mstar.com.my

Berita itu disahkan oleh penyanyi terkenal, Noraniza Idris, selepas mendapat khabar mengenai kehilangan Pak Ngah melalui anaknya, Megat.

“Salam famili semua. Saya Megat mewakili bapa saya. Dengan rasa sedih kami ingin memaklumkan Pak Ngah selamat kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham kini diuruskan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Menurut Astro Awani, Allahyarham meninggal dunia semasa dalam penerbangan balik ke Malaysia dan penerbangan terpaksa berpatah balik ke Batam untuk dibawa ke hospital.

Sumber: Berita Harian