Mulai tahun depan, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)  mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape di semua tempat makan di seluruh Malaysia akan dikuatkuasakan.

Gambar sekadar hiasan

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, menjelaskan bahawa mereka yang melakukan kesalahan itu akan didenda RM250, namun boleh dikurangkan ke RM150 jika pesalah membayar denda itu dalam tempoh kurang daripada sebulan.

“Kalau degil (dan) tidak mahu bayar boleh dikenakan saman maksimum hingga RM10,000,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

“Kami berharap polisi ini akan mendapat sokongan daripada orang ramai. Bagi mereka yang tidak merokok, tentu sekali mereka gembira (namun) bagi perokok, saya amat berharap mereka akan mengunakan peluang ini untuk berhenti, mengurangkan ataupun menjadikan tabiat untuk tidak merokok di hadapan orang lain,” jelasnya.

Tambahnya, gerakan anti merokok yang telah dimulakan sejak kebelakangan ini telah secara signifikasinya berjaya mengurangkan jumlah perokok di tempat makan, terutamanya di kawasan bandar.

Sumber: Astro Awani & Bernama