Dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) akan diberi cuti rehat selain diberi khidmat kaunseling bagi memulihkan semangat mereka berdepan cabaran pandemik Covid19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan mereka bekerja keras tanpa henti sejak penularan jangkitan Covid19 selama lima bulan.

“Kita di KKM bekerja siang malam tak berhenti sejak lima bulan, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja,” ujarnya.

“Apa yang pasti hari ini kita nampak keputusan dan hasil daripada pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) juga semakin berkurangan,” jelasnya.

“Mungkin dalam masa ini kita akan menggunakan seminggu dua untuk kita memberi ‘time off’ kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir,” katanya.

Selain itu, bagi khidmat kaunseling pula, para petugas kesihatan akan dibantu mempertahankan diri bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes Covid19.

Sumber: Harian Metro