Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), bakal perkenalkan undang-undang baru di bawah Akta Tembakau mengenai penggunaan rokok elektronik, vape dan shisha.

Difahamkan, Akta Tembakau kini berada dalam penelitian penasihat undang-undang Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan bahawa kementerian cakna mengenai kebimbangan masyarakat terutamanya ibu bapa mengenai penggunaan rokok elektronik yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah.

Gambar sekadar hiasan

“Sebenarnya kita sedang merangka dan bakal kita bentangkan dalam waktu terdekat apa yang kita istilahkan sebagai Akta Tembakau, yang akan dapat mengambil dan menggarap keseluruhan permasalahan itu, yang sekarang, hari ini, ia (undang-undang) agak terhad,” ujarnya.

“Kita nak buat suatu (undang-undang) yang bersifat menyeluruh. Akta Tembakau namanya, yang pada saat ini dalam pemerhatian Penasihat Undang-Undang KKM, dan bakal kita bentangkan dan majukan kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu yang terdekat,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani