Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sedang mempertimbangkan beberapa kelonggaran yang boleh dilakukan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) termasuk membenarkan aktiviti-aktiviti senaman yang tidak mempunyai kontak rapat.

Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan bahawa orang ramai perlu mematuhi garis panduan ditetapkan oleh KKM termasuk penjarakan sosial.

“Aktiviti senaman adalah sebahagian daripada SOP (prosedur operasi standard) dan kita sedang mempertimbangkan sukan-sukan yang tidak mempunyai kontak rapat,” ujarnya.

“Bagaimanapun ia adalah tertakluk kepada pematuhan garis panduan termasuk penjarakan sosial dan tiada perhimpunan membabitkan orang ramai,” katanya.

Difahamkan, pengumuman mengenai aktiviti itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Sumber: Astro Awani