Teh tarik merupakan antara minuman kegemaran rakyat Malaysia dan sesuai diminum tidak kira siang atau malam. Kini, coklat jenama KitKat menawarkan satu perisa terbaru iaitu teh tarik untuk rakyat negara ini. Yela, teh tarik dan Malaysia memang sinonim sejak dulu lagi.

Fb KitKat Malaysia

Difahamkan, perisa terbaru itu dijual terlebih dulu di negara jiran, Singapura, dan khabarnya telah pun habis dijual.

“Masa mengeteh tarik! Cubalah KITKAT Duo BAHARU! Dengan perisa Teh Tarik dan Coklat, sedap jadi lagi best!,” tulis kenyataan daripada laman Facebook rasmi KitKat Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, KitKat Milk Tea Duo ini hanya boleh didapati di Petronas Mesra dan Giant sahaja. Dah boleh serbu Giant berdekatan dengan anda lepas ni.

Sumber: Malay Mail