Tular di laman sosial mengenai Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, memberhentikan seketika sidang media di Putrajaya untuk memberi laluan kepada azan yang sedang berkumandang, semalam.

Dikatakan sidang media tersebut berlangsung lewat tengahari ketika masuk waktu solat Zohor sebelum Guan Eng berhenti memberi kenyataan sewaktu azan Zohor kedengaran.

“Kita tunggu dulu sehingga selesai azan,” ujarnya kepada pemberita dan sidang media senyap seketika untuk menghormati azan.

Rakaman dimuatnaik di laman Facebook oleh seorang pengguna laman itu tular dan mendapat perhatian warga laman sosial yang kebanyakannya memuji Guan Eng kerana menghormati azan.

Kita hidup dalam pelbagai agama dan bangsa sentiasa diajar supaya menghormati agama lain dan ini merupakan contoh terbaik ditunjukkan oleh menteri kepada rakyat Malaysia.

Sumber: mStar