Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel, berkongsi perasaan terhadap isterinya, Wawa Zainal, di laman sosial mengenai susah payah yang dihadapi Wawa semasa hamil anak ketiga mereka.

Menurutnya, dia memahami akan kesusahan itu walaupun Wawa sering menyatakan bahawa dia seorang yang kuat dan serba boleh.

“Kepada isteriku Wawa Zainal, saya tahu awak penat kandungkan baby selama sembilan bulan, saya tahu awak penat walaupun awak selalu kata awak kuat, awak boleh buat,” tulisnya di akaun laman sosial miliknya.

“Saya tahu awak penat kena pergi meeting sana sini, kerja kuat untuk business kita, saya tahu semua tu,” sambungnya.

“Terima kasih sayang untuk segalanya, Ya! Kita lelaki tak sekuat wanita, doakan dipermudahkan urusan isteri saya bersalin nanti,” tambahnya.

Sebelum ini, pasangan sama cantik sama padan itu telah berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.

Sumber: Gempak