Dalam kegembiraan umat Islam menyambut bulan Ramadan, ada keluarga yang berduka akibat kehilangan anggota keluarga pada malam tadi.

Seorang penghantar makanan segera KFC, Daniel Dzaqi, 21 tahun, meninggal dunia akibat kemalangan dengan sebuah kereta semasa menghantar makanan di Padang Jawa, Klang.

Allahyarham yang berasal dari Kapar, Klang, sempat memuatnaik IG Story di akaun Instagram miliknya sebelum kejadian berlaku. Dia yang mempunyai lima adik beradik itu meluahkan ketakutan dialaminya semasa menghantar makanan kepada pelanggan.

Seorang pengguna Twitter, @aimanomist, berkongsi berita sedih itu di laman sosial tersebut sambil bercerita mengenai kebaikan allahyarham.

Dilihat ramai rakan-rakan allahyarham yang lain turut berkongsi kebaikan yang dilakukan sepanjang arwah masih hidup. Jelas menampakkan arwah seorang rakan yang baik hati dan disenangi ramai.

Selain itu, seorang lagi rakan allahyarham, Syamael Ahmad Shamsuddin, meluahkan perasaan sedih selepas menerima khabar duka mengenai sahabatnya itu.

1 Ramadhan 1441 Hijrah, Jumaat, 23/4/2020

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun… Allahummaghfirlahu warhamhu wa’fihi wa’fu anhu…

Alangkah berdukanya serta cemburunya hati ini terhadap diri mu wahai sahabatku Daniel Dzaqi di atas pemergianmu ini. Sesungguhnya kemuliaan hatimu ini jelas tampak tatkala Sang Pencipta mengambil kembali dirimu di bulan yang sungguh mulia ini. Subhanallah.

Untuk pengetahuan semua, saudara al marhum merupakan sahabat seperjuangan saya di TGV Cinemas. Lembut hati orangnya, gurau sendanya penuh hikmah, menjetik jiwa serta sering mengukir senyuman di bibir ini. Sembangangnya halus dan telus, teguran serta nasihatnya mampu membangkitkan kembali hati yang berduka lara. Subhanallah, tidak terungkap betapa dekatnya diriku ini terhadapmu wahai sahabat. 😭

Marilah sama2 mendoakannya agar dipermudahkan segala urusannya di dunia & di akhirat in shaa allah. Pengajaran jua buat diri ini yang sungguh lemah betapa penentu kemuncak kehidupan kita yang sebenar adalah sebermulanya nyawa ditarik dari jasad yg lemah ini. 😭 Bihusnil Khotimah in shaa allah.

Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham Daniel Dzaqi. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Pemergiannya dicemburui kerana meninggal pada hari pertama di bulan Ramadan dan pada malam Jumaat.

Sumber: FB Syamael Ahmad Shamsuddin & Twitter @aimanomist