Kita berjumpa dengan pelbagai jenis sikap peniaga dan kadang-kadang akan terjumpa peniaga yang baik hati jika kita bernasib baik.

Seorang pengguna Facebook, Abd Halim Hakim, berkongsi kisah di sebalik karipap berharga 50 sen sebiji yang memberinya pengajaran.

Menurutnya, dia ke bazar untuk membeli karipap dan terdetik di hati untuk bersedekah kepada penjual karipap tersebut tetapi tidak melakukannya kerana beranggapan orang berniaga mendapat untung banyak.

“Balik rumah bukak plastik. Tengok ada 5 karipap. Allahhh.. rupanya dalam kita berkira dengan dia, dia tak berkira pun dengan kita. Hitamnya hati saya!” ujarnya.

Keesokan hari, Halim pergi ke bazar dan membeli karipap dari gerai yang sama dan nekad untuk bersedekah kepada makcik karipap yang pemurah itu.

Gambar sekadar hiasan

“Masa dia pegang duit tu, bibir dia ketap-ketap. Dia ucap terima kasih dan saya pun ucap terima kasih. Saya tak boleh lama kat situ sebab saya nampak dia macam nak nangis,” sambungnya yang memberi RM5 walaupun harga sebenar karipap tersebut hanyalah RM3.

Selepas pulang ke rumah, Halim melihat karipap dibelinya lebih satu seperti yang dijangkakan. Ternyata peniaga karipap itu memang baik hati kerana sentiasa memberi karipap lebih kepada pelanggannya.

Kesimpulannya, jika kita berkira dengan orang, bukan setakat orang je yang akan berkira dengan kita, tapi Tuhan pun akan berkira dengan kita.

Sumber: Fb Abd Halim Hakim