Sekumpulan gadis yang teruja mahu bercuti ke Australia terpaksa “berputih mata” apabila kesemua mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) semasa membuat final security check.

Menurut salah seorang gadis tersebut, @reenzahari, mereka berenam sepatutnya bercuti ke Perth, Australia, tetapi dilarang daripada berlepas kerana alasan yang tidak munasabah.

Pada awalnya, semua perancangan dilihat berjalan lancar sehinggalah tiket penerbangan mereka diperiksa oleh Airasia ground staff.

Tiba-tiba, mereka didatangi oleh seorang wanita berbangsa Inggeris dalam lingkungan 50-an yang dikenali sebagai Anita mengambil passport mereka tanpa penjelasan.

Difahamkan, Reen dan rakan-rakannya disoal mengenai tujuan mereka ke Australia dan berapa wang tunai yang mereka bawa untuk dibelanjakan di sana. Malah, mereka juga cuba untuk menunjukkan maklumat itinerari sepanjang berada di sana tetapi tidak diendahkan oleh wanita itu.

Kemudian, Anita tersebut menyatakan dia tahu apa tujuan sebenar mereka ke sana dan bukannya melancong seperti yang mereka katakan.

Seterusnya, seorang pengawal keselamatan melepaskan pasangan lelaki perempuan di belakang mereka untuk berlepas, tetapi mereka berenam tidak dibenarkan menaiki kapal terbang.

Apabila mereka bertanya apakah sebab utama mereka tidak dibenarkan berlepas, Anita hanya menjawab kerana dia tidak melihat mereka semua sebagai pelancong yang mahu melancong di Australia.

Menurut pengawal keselamatan di sana, Anita menganggap Reen dan rakan-rakannya mahu ke Australia untuk bekerja memetik buah menggunakan visa melancong.

Disebabkan terlalu kecewa, Reen dan rakan-rakannya membuat keputusan untuk melancong pada saat-saat akhir walaupun pernah ke sana.

Kesimpulannya, kita yang mahu melancong ke luar negara dinasihatkan mencetak segala maklumat berkaitan tempat tinggal, lokasi yang hendak dikunjungi, tiket penerbangan dan segala yang berkaitan serta masukkan kesemuanya ke dalam satu fail untuk mudah ditunjukkan kepada pegawai imigresen jika berlaku kejadian tidak diingini seperti yang berlaku terhadap Reen dan rakan-rakannya.

Anda juga dinasihati untuk membawa duit tunai lebih jika perlu, mengingati setiap tarikh penting seperti tarikh pulang ke Malaysia dan berapa hari melancong, berpakaian kemas dan menjawab persoalan dengan tenang.

Sumber: Twitter @reenzahari