Penampilan usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa, sememangnya menjadi ikutan ramai kerana sentiasa tampil bergaya dan menawan.

Terbaru, Neelofa dilihat memuatnaik gambar menunjukkan dia memakai stokin kaki dan tudungnya juga kelihatan labuh.

Berikutan itu, dia menjadi inspirasi kepada golongan hijabista yang mahu menutup aurat dengan lebih sempurna apabila melihat dia memakainya.

Memakai stokin dan bertudung labuh tidak semestinya tidak bergaya. Ia jelas dibuktikan oleh selebriti cantik tersebut yang menerima banyak komen positif daripada para peminatnya di laman sosial.

Ramai warga laman sosial mendoakan semoga dia istiqomah dalam menutup aurat selain gembira melihat perubahan terbarunya itu.

Sumber: IG Neelofa