Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin, 27 tahun, menjadi topik bualan hangat sejak kisah pertunangan hingga pernikahannya bersama pelakon terkenal, Nur Fazura, hujung tahun lepas.

Selepas berjaya membuka sebuah kafe, Fattah kini mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan produk terbaru iaitu sup diet di bawah syarikat miliknya, MRP International SDN BHD.

instagram.com

Berikutan itu, dia ‘berehat’ sebentar daripada bidang lakonan untuk memberi fokus kepada perniagaan yang dijalankannya itu.

Difahamkan, sup diet keluaran terbaru syarikatnya itu sesuai untuk mereka yang menjaga bentuk badan di samping meningkatkan metabolisme badan dan memberi tenaga.

Malah, produk tersebut juga bebas daripada bahan-bahan terlarang dan ia diberi nama MRP Sup DIET & Berrytox.

Mungkin lepas minum sup diet ini badan anda akan menjadi seperti Fattah Amin? Kalau anda seorang yang menjaga kesihatan mungkin ia tidak mustahil.

Sumber: The Malay Mail Online