Jenama kelengkapan rumah terkenal, IKEA, buat pertama kalinya memberitahu kepada pelanggan di negara ini bahawa mereka kini boleh membeli-belah barangan jenama tersebut secara dalam talian.

Anda tidak perlu lagi bersesak-sesak dan beratur panjang di cawangan IKEA untuk membeli kelengkapan rumah dengan adanya katalog barangan dipamerkan di laman web IKEA Malaysia.

backpackingmalaysia.com

Dengan keadaan ekonomi e-dagang yang semakin berkembang di negara ini membuatkan jenama kelengkapan rumah popular berkenaan menawarkan penjualan menerusi laman web.

Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara, Gerard Jansen, memberitahu bahawa pembelian menerusi atas talian dapat membantu pelanggan melihat lebih dekat lebih 9,000 barangan inovasi yang diimport dari Sweden walaupun melalui skrin.

“Paparan produk juga lebih teratur seterusnya pelanggan boleh terus membuat tempahan dan ia akan terus dihantar ke rumah menggunakan servis parsel dan penghantaran menggunakan lori. Cara itu lebih mudah untuk pembelian barangan muatan besar,” ujarnya.

Kini, seluruh rakyat Malaysia dapat memiliki peralatan rumah daripada IKEA dengan lebih cepat dan mudah. Sempat lagi kalau nak shopping raya 😉

Sumber: Wanista