Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, memberitahu bahawa kerajaan Arab Saudi akan menyediakan terjemahan khutbah Arafah dalam lima bahasa supaya memudahkan jemaah haji dan umat Islam di seluruh dunia mendengar secara langsung terjemahan khutbah tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, kemudahan terjemahan itu akan dilancarkan melalui frekuensi radio khas dalam lima bahasa iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris. Malah, beliau turut dijangka memberi khutbah Arafah pada musim haji tahun ini dalam bahasa Arab.

“Terjemahan dalam bahasa Melayu dibuat bagi manfaat orang Melayu, yang merupakan sebahagian besar kumpulan jemaah dari Asia Tenggara, kebanyakan mereka adalah Ahli Sunnah Waljamaah, dan fahaman ini berkembang ke negara lain termasuk Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia dan Malaysia,” jelasnya.

“Urdu adalah bahasa rasmi Pakistan, dan masyarakat Islam dari lima negara India, di samping beberapa tempat lain di Asia Selatan, manakala Parsi pula bahasa rasmi Iran, seperti yang dituturkan di Tajikistan dan negara lain,” sambungnya.

Di samping itu, bilik yang disediakan untuk penterjemah akan dikawal rapi dan lengkap dengan kemudahan, mengambil kira spesifikasi kepentingan dan pengaruh, di mana terjemahan dilakukan serentak bermula daripada awal khutbah.

Difahamkan, Khutbah Arafah akan diadakan di Masjid Nemra di Dataran Arafah, sebelum jemaah menunaikan solat Zuhur dan Asar dalam satu perhimpunan ringkas, bagi mengikuti sunnah Nabi Muhammad SWT.

Sumber: mStar