Selalu jika kita pesan makanan di talian dari rumah, penghantar makanan akan hantar makann kita menggunakan motor. Walau bagaimanapun, ini adalah berita baik buat penduduk Cyberjaya kerana mereka bakal menikmati perkhidmatan makanan menggunakan dron bermula hujung bulan ini!

Sebuah syarikat tempatan, Average Drone Sdn Bhd (Average Drone) yang berkecimpung dalam dron sejak 2014, merancang untuk mewujudkan perkhidmatan berkenaan dengan kerjasama Futurise, sebuah anak syarikat Cyberview di bawah Kementerian Kewangan.

Sebagai permulaan, merekan akan cuba perkhidmatan ini selama tiga bulan dahulu dan membabitkan penghantaran makanan di kawasan berada dalam lingkungan dua kilometer dari bangunan Futurise.

Dalam tempoh percubaan itu juga, hanya tujuh jenis makanan akan ditawarkan iaitu makanan jenis mi, bihun, nasi, burger, sandwic, kuih dan buah-buahan.

Syarikat itu juga telah menghasilkan satu aplikasi mudah alih yang masih dalam draf akhir, bagi memudahkan pembeli untuk menempah makanan menerusi aplikasi itu.

Makanan yang ditempah mengambil masa selama 12 minit untuk sampai ke destinasi pesanan dan kos penghantaran yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap perjalanan.

Syarikat tersebut menggunakan dron yang mempunyai enam bilah kipas dinamakan ‘Express Food’ dan mampu menampung berat muatan sehingga 800 gram.

Sumber: Vitdaily