Mungkin ada di antara anda sudah mencuba burger terbaru daripada restoran makanan segera popular KFC iaitu Zinger Waffle Burger.

Burger terbaru ini menampilkan wafel Belgian sebagai roti untuk ‘mengapit’ filet ayam Zinger pedas dan diletakkan sos sirap mapel manis bersama mayonis untuk menghasilkan kombinasi pedas dan manis dalam satu burger.

winrayland.com

Anda boleh beli Zinger Waffle Burger secara à la carte bermula daripada RM13.50 atau secara kombo atau Mega Box. Kombo mempunyai burger wafel bersama Crispier Fries dan minuman Pepsi Black manakala Mega Box pula didatangkan bersama seketul ayam Hot & Spicy atau Original Recipe.

Burger limited edition ini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula hari ini dan di KFC Delivery sementara stok masih ada. Tunggu apa lagi, jom serbu KFC berdekatan rumah sekarang!

Sumber: The Vocket