Selepas beberapa pusat membeli-belah terkenal memberi kenyataan mengenai kes Covid19 yang berlaku, seorang ahli Fitness First di Setia City Mall, Setia Alam, disahkan positif Covid19.

Menurut kenyataan rasmi daripada pihak Setia City Mall, semua pekerja premis tersebut telah menjalani ujian swab Covid dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Selain itu, premis berkenaan dan seluruh pusat membeli-belah terkemuka itu telah pun menjalani proses sanitasi serta nyahkumah di seluruh kawasan, malam tadi.

Untuk pengetahuan anda, pusat membeli-belah itu masih beroperasi seperti biasa selain sedang mengenalpasti kontak rapat kes Covid19 yang berlaku di sana.

Sila patuhi arahan dan SOP yang ditetapkan agar kita dapat melindungi diri daripada terdedah kepada wabak berbahaya itu.

Sumber: FB Page Setia City Mall