Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberitahu akan membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu walaupun sudah 12 tahun kes itu berlaku.

Tun Mahathir bersetuju untuk membuka kes tersebut selepas bertemu bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan peguam keluarga berkenaan, Ramkarpal Singh.

bharian.com.my

“Perdana Menteri bagaimanapun juga menegaskan bahawa proses itu harus mematuhi dan mengikut lunas undang-undang. Kami juga bersetuju dengan beliau dan telah memulakan proses yang sepatutnya, bermula dengan pertemuan Peguam Negara kelmarin (19 Jun),” ujar Ramkarpal.

kosmo.com.my

Tambahnya, mesyuarat berlangsung selama 30 minit bersama bapa mangsa dianggap amat memberangsangkan kerana Perdana Menteri berbincang dengan lebih lanjut mengenai kes ini bersama Dr Shaariibuu.

Sebelum ini, Altantuya dipercayai dibunuh dan badannya diletupkan dengan bahan letupan di kawasan hutan sekunder di Mukim Bukit Raja, Klang, antara pukul 10 malam, 19 Oktober 2006, sehingga pukul 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sumber: mStar