Biasanya kita makan keropok lekor berperisa ikan terutama jika pergi ke negeri Terengganu. Kini, seorang pengguna Twitter berkongsi cara-cara untuk membuat keropok lekor perisa Indomie.

Difahamkan, lekor bermaksud lingkar kerana ia melingkar-lingkar. Jika anda buat perisa lain sekalipun, ia tetap boleh dipanggil lekor kerana dibuat panjang dan melingkar.

Bahan

1 paket Mi Sedap
1 biji telur
6 sudu besar tepung ubi
Sedikit tepung gandum
Sedikit garam

Cara-cara

– Rebus mee sampai kembang.

– Tumbuk mee bersama garam sampai hancur lumat.

– Kemudian, Then masukkan telur dan perencah semua kecuali kriuk kriuk bawang.
– Kalau anda tak mahu tumbuk, anda boleh kisar guna blender.

– Selepas itu, tambah tepung ubi dan tepung gandum. Uli sampai sebati.
– Letak tepung secukupnya agar tak melekat.

– Selepas uli, gulungkan doh seperti keropok lekor.

– Didihkan air, letak garam sikit dan rebus hingga terapung. Angkat dan toskan.

– Potong seperti keropok lekor biasa.

– Goreng hingga garing. Siap! 🙂

Sumber: Twitter @azreeabahkau