Kenderaan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan plat khas “Malaysia 2020” dijangka membuat kemunculan sulung pagi tadi sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Dr Mahathir menaiki kereta Proton Perdana 2.4 Stretch Limo dengan plat khas tersebut ke acara kemuncak sambutan iaitu acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya.

kosmo.com.my

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa ‘Malaysia’ sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bermula 1 Ogos hingga 15 Ogos lepas. Ia membabitkan 10,000 siri bermula dengan ‘Malaysia 1’ hingga ‘Malaysia 9999’.

Difahamkan, Nombor siri pendaftaran kenderaan khas ‘Malaysia 1’ dibida pada harga RM1,111,111, menjadi nombor tertinggi pernah dibida dalam sejarah manakala nombor pendaftaran ‘Malaysia 2020’ pula dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri.

Sumber: Astro Awani