Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan bahawa Kerajaan Selangor akan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji yang berjumlah RM31.2 juta kepada 17,109 penjawat awam di negeri Selangor sempena Aidilfitri.

Menurutnya, dia juga akan memberi bantuan khas RM1000 kepada 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan Selangor.

thefamouspeople.com

“Pembayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan kakitangan Persekutuan berkenaan akan dibuat serentak pada 25 Jun ini. Peruntukan ini dibayar selepas Aidilfitri berikutan kita tidak mahu penjawat awam berbelanja berlebihan dalam menyambut Aidilfitri,” jelasnya.

Selain itu, Azmin memberitahu sebanyak 10 peratus daripada bantuan khas kewangan yang dinikmati oleh penjawat awam gred 44 akan disumbangkan ke Tabung Harapan Negara.

“Maka, atas semangat cintakan tanah air, penjawat awam Selangor terdorong untuk menyumbang sebanyak 10 peratus daripada Bantuan Khas Kewangan kepada Tabung Harapan Malaysia. Namun, sumbangan patriotik ini hanya dikenakan kepada Pegawai Gred 44 dan ke atas,” tambahnya.

Sumber: Harian Metro