Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak membenarkan jemaah Malaysia mengerjakan ibadat umrah dalam masa terdekat.

Gambar sekadar hiasan

Perkara itu dilakukan selepas mendengar pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara(MKN), semalam.

Menurutnya, keputusan itu dibuat atas nasihat KKM untuk tidak membenarkan jemaah Malaysia menunaikan umrah walaupun Arab Saudi sudah membenarkan umrah dijalankan selama 10 hari.

“Zulkifli menjelaskan, walaupun kerajaan Arab Saudi telah membenarkan ibadat umrah dijalankan selama 10 hari, kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk membenarkan jemaah Malaysia ke sana pada masa ini,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro