Baru-baru ini, pihak kerajaan bercadang mengurangkan bayaran denda kesalahan merokok di kawasan larangan daripada RM250 kepada RM150 untuk pesalah yang membuat bayaran denda awal.

Gambar sekadar hiasan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan bahawa penguatkuasaan larangan merokok terhadap golongan perokok itu lebih bertujuan untuk mendidik orang ramai serta memberi penjelasan tentang tindakan kerajaan dan bukannya semata-mata menghukum perokok atas kesalahan merokok di kawasan larangan.

“Kita ada 20,000 rakyat yang meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok, sama ada kanser dan sebagainya, sebab itu saya ambil tindakan ini,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

“Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah bukan wang ringgit yang kami mahukan dan mengharamkan merokok bukan satu tugas…saya tidak mahu perokok pasif didedahkan kepada asap rokok tersebut yang beri kesan buruk kepada kesihatan,” jelasnya.

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Kesihatan telah menetapkan perbuatan merokok hanya boleh dilakukan di luar premis makanan pada jarak tiga meter dari setiap premis berkenaan mulai 1 Januari 2020.

Gambar sekadar hiasan

Bagi kesalahan merokok di kawasan larangan, pesalah boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 dan sekiranya gagal membayar kompaun, mereka akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara.

Sumber: Astro Awani & Bernama