Terbaru, kerajaan negara ini memberi kelonggaran kepada pasangan yang mempunyai anak ramai untuk tidak menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak(CRS) apabila peraturan itu dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun depan.

Gambar sekadar hiasan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedar dan mengakui sukar bagi keluarga yang besar menggunakan CRS dalam kenderaan kerana masalah ruang yang terhad.

“Khusus untuk keluarga yang besar, saya boleh laporkan mereka diberikan pengecualian sekiranya di dalam sebuah kenderaan tidak membolehkan CRS dipasang,” ujarnya.

“Jadi kelonggaran diberikan dalam pelaksanaan ini,” katanya.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, CRS juga dikecualikan duti import dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan(SST) bagi memastikan pemasangannya tidak membebankan rakyat.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian jika berlaku kemalangan.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyatakan tindakan itu diambil berikutan statistik kemalangan yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.

Sumber: Berita Harian